Mimpi Ikan Lumba Lumba Togel

Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.

Adakah  dibolehkan memakan ikan lumba-lumba?

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Ikan Lumba-lumba atau dolfin ialah sejenis mamalia laut dalam order setasea yang berkait rapat dengan ikan paus. Ia tergolong dalam keluarga Delphinidae yang merupakan famili Cetacea terbesar dan agak baru muncil sejak kira-kira sepuluh juta tahun semasa Zaman Miosen. Terdapat hampir empat puluh spesies dalam tujuh belas genus di bawah keluarga Delphinidae.

Haiwan ini boleh dijumpai di seluruh dunia. Ia sering didapati terutamanya di kawasan lebih cetek laut seperti di pentas benua, namun terdapat juga spesies yang tinggal di sungai. Dolfin dianggap sebagai antara haiwan paling cerdik.[1]

Pada asasnya, setiap haiwan yang hidup di dalam air halal dimakan, sebagaimana firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ

Maksudnya: “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu dan bagi orang-orang yang dalam permusafiran”…

(Surah Al-Maidah: 96)

Imam Baghawi  menyebut di dalam tafsirnya bahawa kehidupan air terbahagi kepada dua bahagian:

أُحِلَّت لنا ميتتانِ ودمانِ الميتتانِ الحوتُ والجرادُ والدَّمانِ الكبدُ والطِّحالُ

Maksudnya: “Dihalalkan ke atas kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah: Dua jenis bangkai: iaitu ikan dan belalang, dan dua jenis darah: iaitu hati dan limpa”

Riwayat Ibn Majah (3314) dan Ahmad (5723)

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya mengenai air laut:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الْحِلُّ مَيْتَتُهُ

Maksudnya: Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya

Riwayat Abu Dawud (83), al-Tirmidzi (69), al-Nasaie (59), Ibn Majah (386), dan Ahmad (8735)

Begitu juga sebarang bentuk haiwan yang tidak ada nas qati’ie pengharamannya maka hukumnya adalah halal. Ini berdasarkan kaedah

الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ

Maksudnya: Asal pada sesuatu itu adalah harus.

Berdasarkan persoalan diatas, ikan lumba-lumba halal di makan kerana ia merupakan sejenis daripada ikan dan hidupan laut. Hal ini pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW ketika mana para sahabat menemukan bangkai ikan paus di tepi laut, lalu mereka memakannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Jabir RA, katanya:

غَزَوْنَا جَيْشَ الخَبَطِ، وَأُمِّرَ أَبُو عُبَيْدَةَ فَجُعْنَا جُوعًا شَدِيدًا، فَأَلْقَى البَحْرُ حُوتًا مَيِّتًا لَمْ نَرَ مِثْلَهُ، يُقَالُ لَهُ العَنْبَرُ، فَأَكَلْنَا مِنْهُ نِصْفَ شَهْرٍ، فَأَخَذَ أَبُو عُبَيْدَةَ عَظْمًا مِنْ عِظَامِهِ، فَمَرَّ الرَّاكِبُ تَحْتَهُ فَأَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ، أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرًا، يَقُولُ: قَالَ أَبُو عُبَيْدَةَ: كُلُوا فَلَمَّا قَدِمْنَا المَدِينَةَ ذَكَرْنَا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «كُلُوا، رِزْقًا أَخْرَجَهُ اللَّهُ، أَطْعِمُونَا إِنْ كَانَ مَعَكُمْ» فَأَتَاهُ بَعْضُهُمْ فَأَكَلَهُ

Maksudnya: Kami pernah berperang bersama pasukan Khabat (pemakan daun-daunan) yang pada waktu itu Abu Ubaidah di angkat sebagai pemimpin pasukan. Lalu kami merasa lapar sekali. Tiba-tiba laut melemparkan ikan paus yang tidak pernah aku lihat sebelumnya. Ikan itu disebut al-Anbar. Kami makan daripada ikan itu selama setengah bulan. Kemudian Abu Ubaidah mengambil salah satu bahagian daripada tulangnya sehingga seseorang boleh melalui dibawah tulang itu. Abu al-Zubair mengkhabarkan kepadaku bahawa dia mendengar Jabir berkata: Abu ‘Ubaidah berkata; “Makanlah kamu semua! Tatkala kami sampai di Madinah, kami ceritakan kepada Nabi SAW. Maka baginda bersabda: ‘Makanlah, itu adalah rezeki yang telah Allah berikan. Berikanlah kepada kami untuk makan sekiranya ia masih berbaki!” Maka sebahagiannya dibawakan kepada baginda dan baginda pun memakannya.’

Riwayat al-Bukhari (4362), dan Muslim (1935)

Ikan lumba-lumba termasuk haiwan marin yang terancam spesisnya

Ikan lumba-lumba termasuk dalam haiwan spesis terancam. Ia termasuk dalam Undang-undang Malaysia, Akta 686, Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008. Mamalia marin ini juga tersenarai dalam Akta Perikanan 1985 sebagai spesies marin terancam. Haiwan marin ini juga dilindungi bersama paus, dugong, penyu, yu gergaji, yu sirip putih besar, yu tukul dan pari manta.

Sebagai penutup, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Maksudnya : “Polisi pemerintah itu hendaklah berasaskan maslahah terhadap rakyat.”

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Bertarikh: 19 Januari 2022 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1443H

[1] Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Lumba-lumba (Diakses pada 18 Januari 2022)

Melde dich an, um fortzufahren.